Saturday, February 20, 2010

NOSTALGIA TAHUN 50an ... (4)...SIK ENGLISH SCHOOL

NOSTALGIA TAHUN 50an, SIK ENGLISH SCHOOL

Ramjan membangunkan sebuah kanopi di bawah pokok cempedak sebagai kantin sementara. Dia menjual berbagai jenis kacang termasuk bihun goreng dan nasi lemak dengan sambal telor.Air diangkutnya dari sebuah telaga yang digali oleh Pejabat Daerah. Ia dibuat dibawah projek Tuan Syed Osman.Tak lama selepas itu Tuan Syed Osman bertukar ke Sungai Petani.Pak Tuan Syed Bakar hilang akal bila Syed Osman ditukarkan ke Sungai Petani.

Dia terpaksa berdamping dengan DO baru supaya kerja2nya nak membangunkan Sik English School tercapai.Dengan tiada bekalan elektrik dan air paip yang bersih rancangan pendidikannya menemui banyak masaalah. Pelajar2nya perlu diajar tentang kebersihan. Pak Tuan mendapati penyakit cacing membantut pelajaran anak2 murid2nya. Dia perlu segera membasmikan penyakit tersebut.

Air yang disediakan Ramjan dikantin pun disuruhnya memasak dulu. Oleh kerana doktor pun belum ada di Sik, Pak Tuan terpaksa memohon perkhidmatan dari klinik luar-bandar . Pak Tuan dapati masyarakat setempat tidak rancak nak membangunkan penduduk luar bandar yang tertinggal dari berbagai segi. Mereka cuma berminat bermain politik semata-mata.Mereka sanggup bergaduh kerana politik,dan pikiran mereka pun tak sampai ke tahap berpolitik.

Cuma dibakarkan oleh semangat yang berapi2. Tanpa pelajaran ,politik tidak akan mem- bawa kemana2. Takut2 politik akan membunuh orang Melayu sendiri.Bukan orang putih membunuh Melayu,tapi takut Orang Melayu bunuh Orang melayu sendiri. Senjata makan diri sendiri.

Suka dan duka di English School Sik mengimbau dalam perasaan .Bila dikenangkan membuat hati sekejap ketawa dan seketika menghiriskan kalbu. Di peringkat awalnya guru2 berasa hairan tentang petempatan lokasi sekolah,dibuat sebegitu rupa di tengah2 rimba. Dikelilingi rimba yang tebal.Dan kuaters guru pula terpesorok di hujung dunia persempadanan sekolah.Jalanrayanya merupakan laluan kerbau-lembu dan begitu becak sekali apabila hujan.

Menyusahkan semua murid dan juga gurunya. Walhal ditepi jalanraya pekan Sik terdapat banyak tanah yang sesuai untuk pembinaan sekolah. Seolah2 macam ada sabotaj terhadap pembinaan sekolah ini.

Kuaters guru ditinggalkan kosong kerana tiada siapa yang berani tinggal disitu dan tidak pula mempunyai kemudahan air dan letrik. Untuk mendapatkan air terpaksa turun kepaya kerana disitu ada sebuah telaga. Kuaters guru pula terletak ditanah tinggi.Waktu malam pula tidak siapa berani menghayunkan kaki, kerana ular berbisa sedang menunggu di setiap penjuru jalan.Yang paling mengganas ialah ular kapak sungai petani.Bila terkena patuk terpaksalah dibawa ke sungai petani.

Oleh itu ia terkenal sebagai kapak sungai petani. Waktu malam mana ada kenderaan nak ke sungai petani.Ya tak ya kena tunggu besok hari,semalamam menanggong derita patukan berbisa.Itu pun kalau umur panjang,kalau tidak liang lahat lah destinasi terakhirnya.Pak Tuan bukan saya menanggong bersama kesusahan dirinya dan guru2nya,malahan murid2nya juga menjadi tanggungannya.Dia terpaksa menghadapinya kerana guru adalah segala2nya.

Dengan kelulusannya Pak Tuan boleh saja mencari jawatan yang lebih lumayan , tapi niat nak jadi guru terpaksa dilaluinya walaupun pahit. Guru kekal selama2nya.Apabila mati pun orang akan panggil cikgu.Itulah ganjaran yang tidak siapa yang dapat mengerti,kecuali cikgu itu sendiri. Sekali masuk ke gelanggang guru,gurulah buat diri selama2nya.Guru ibarat 'matahari',khidmatnya tanpa henti. "Matahari" khidmatnya berterusan . Tanpa 'matahari' musnahlah dunia.

Begitu juga guru.Nak jadi doktor kena ada guru.Nak jadi DO kena ada guru.Nakjadi Raja kena ada guru.Guru lah buat segala2nya. Di bilik kuliah Prof.Patrik semasa di Kirkby dulu Pak Tuan dah belajar semua ini. Cuma kini Pak Tuan nak peraktikkan segala ajaran Profnya. Di malam itu bulan sedang mengambang terang benderang.Pak Tuan memetik guitarnya mengalunkan lagu keronjong untuk menghiburkan jiwanya yang kosong. Pagi tadi Pak Tuan menerima surat dari ibunya supaya dia berkahwin dengan pilihan ibunya.

Pak Tuan pun dah ada pilihan sendiri semasa bersama2nya belajar di Kirkby. Namanya cikgu Siti Rohani bt. Ismail .Makin berat jiwa menanggong.Walau bagaimana pun pilihan ibu perlu diikutinya.Dia tak sanggup menderhakakan ibunya.Syurga di bawah tapak kaki ibu. Cuma kawan2 sesama guru yang dapat memberikan ketenangan pada diri Pak Tuan.Guru2nya adalah kekawan2nya. Guitar yang dibelinya semasa di London menjadi penawar , pengubat rindu .

Diri mu cukup murni Pak Tuan.

Banyak ganjaran menunggu mu di alam baka'.

NOSTALGIA TAHUN 50AN...(3)......THE TRIO : SYED ABU BAKAR / DOLAH RENJONG / RAMJAN

Semasa Pak Tuan Syed Bakar mula2 membuka Sekolah Inggeris Sik,ada satu watak yang cukup istemewa . Istemewa pada Pak Tuan dan keseluruhan keluarga anak murid di sekolah. Murid2 cukup menghormatinya ,malahan akan patuh semua arahannya. Kekadang melangkahi power Pak Tuan. Dan pak Tuan pun tak pernah ambil kisah dengan peribadi ini.

Dia bebas dalam apa saja urusan.Dan kekadang Pak Tuan sendiri memanggilnya Pengarah pelajaran Sik....Dia juga seorang manusia yang cukup ceria. Semua menjadi kawan pada nya.Dia tak ada musuh pun walau sekerat inci. Pegawai2 Pejabat daerah pun meng- hormatinya. Dia mudah memberi pertolongan kepada sesapa saja,lebih2 lagi kalau seseorang itu ada urusan dengan Pak Tuan.Dan bila Pak Tuan tak ada dia yang menye-liakan sekolah.Dan mengajar murid2 sekolah setakat yang dia mampu.Dia juga ada sikit kebolehan dalam bahasa inggeris. Manusia istemewa ini ialah Dollah Renjong. Tak pernah Dollah renjong memasamkan muka.Always smile.

Disamping itu ada juga seorang lagi watak yang berkait rapat dengan sekolah Inggeris Sik . Watak kedua ini lebih kurang sama dengan Dollah Renjong,cuma kurang sikit peranannya dalam pentadbiran sekolah. Dollah Renjonglah yang melantik watak kedua ni membuka kantin untuk murid2 sekolah Inggeris.Dia cukup patuh diatas segala arahan Dollah,dan dia takut sangat pada Pak Tuan .

Watak kedua ini ialah Ramjan. Dolah dan Ramjan ni asal dari satu kapal. Warna mereka lebih-kurang aja.Gerak geri bila bercakap pun lebih kurang sama,cuma Dollah lebih sikit dengan signal2 jejari ,tangan dan mimik mukanya. Kalau di pandang2 memang kedua2 ini mungkin lebih istemewa dari Mr.Bean.

Cuma perwatakan mereka tak di eksploit oleh pihak radio dan televisyen. Kalau diketen-gahkan mereka boleh jadi selebriti istemewa .........tapi itulah mereka,dan Pak Tuan boleh mendapat ketenangan dari dua watak tersebut.....hilang tension...hilang segala keluh-kesah dan tiada ada gundah-gulananya.Pak Tuan juga menjadi manusia yang ceria.

THREE CHEERS FOR THE TRIO.........heep-heep , hooray X3

NOSTALGIA TAHUN 50an ..(2)... SYED ABU BAKAR

Jasa Pak Tuan (panggilan resmi Syed Abu Bakar) cukup menyerlah dalam hal nak membangunkan sekolah Inggeris di Sik.

He once said,' I felt terrible. I was fresh from Kirkby.Only two weeks of teaching experience in Alor Star,and there I was,being sent off to start a school ".

He continued , " I didn't even realise I had to have a syllabus."

Pak Tuan terpaksa menyewa kereta lembu mengangkut kerusi-meja dari sekolah Melayu , kerana belum ada lori untuk di sewa.

Pak tuan menyambung," I was the only teacher,so I had to do everything,from sweeping the floor to arranging the tables and being the canteen man."

Untuk mengumumkan pembukaan sekolah ,Pak Tuan meminjam kelok yang digunakan oleh orang kampong menggantongkan di tengkok2 lembu kerbau.Orang ramai berkumpul mendengar penjelasan dari Pak Tuan.Tak banyak yang bersedia menghantar anak terus ke darjah satu di sekolah Inggeris. Tapi nasib Pak Tuan positif kerana salah seorang ulamak bersedia menghantarkan cucunya belajar di darjah satu. Tak berapa lama suasana menjadi lebih aman.

Ramai yang bersedia menghantar anak2 ke sekolah Inggeris.Semasa itu yuran sekolah ialah RM 2.50 sen sebulan.Oleh kerana penduduk banyak yang tak mampu membayar Pak Tuan terpaksa membuat perniagaan barter.Pak Tuan membayar dengan membeli telor2 ayam dan ibu2 ayam yang hendak dijual mereka.Jadi maknanya yuran sekolah boleh dibayar melalui bahan2 mentah di kampong2 ,kerana mereka tidak ada wang cash. Pak Tuan juga bernasib baik kerana ibu-bapa sangat bermurah hati dengannya.Di musim buah rumah Pak Tuan di penuhi oleh berbagai buah2an

Sekolah Inggeris Sik ( Sik English School ) berkembang pesat sehingga akhirnya sebuah sekolah baru dibina di Kampong Dusun. Murid2 terdiri dari primary one ke primary six.Kemudian kelas special malay class juga di buka bila banyak permohonan dari murid sekolah melayu nak bertukar ke sekolah Inggeris.Guru2 juga mula bertambah .

Berbahasa Inggeris dah tak menjadi pelek lagi , kerana dah ramai murid dah boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Kekadang orang2 kampong juga dah mula boleh paham beberapa patah bahasa Inggeris.Semua guru2 di sekolah inggeris dipanggil "sir".Dan guru2 pompuan pula di panggil "teacher".

You are a real Kirbyite Pak Tuan .

NOSTALGIA TAHUN 50an ..... (1)

Semangat menghantar anak2 ke sekolah Inggeris bertambah dari sehari ke sahari . Ada juga puak yang bersemangat politik berkubar2 untuk berjuang kemerdekaan tanahair, tak berminat nak hantar anak ke sekolah Inggeris. Merdeka lain , ngaji bahasa lain pula. Kalau nak memerintah kena la pandai bahasa Inggeris dan juga bahasa2 lain. Lagi boleh banyak bahasa lagi lah baiknya.

Telah diatur oleh Pak Nor nak hantar dua kumpulan pelajarnya ke sekolah Inggeris tahun depan. Satu kumpulan ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan satu kumpulan lagi ke Sungai Petani di Ibrahim School.

Majid anak Che Noh Kampar dan sahak Salleh memilih Kolej, dan kumpulan pertama ke Sungai Petani terdiri dari Alwi,Mee Pak Leh,Ca Md Che Noh,Kareng, Zul dan Mad Tokol dan Husseng Dollah memilih Ibrahim School.

Kesemuanya berjaya dalam pemilihan masok ke Special Malay Class.Dan buat sementara menunggu masa ke sekolah,Pak Haji Salleh kerani besar di Pejabat Daerah Sik menabur baktinya memperkenalkan bahasa Inggeris.Kelas diadakan pada waktu malam dan dihaziri bersama ialah waris2 kanak2 yang tersebut.

Mereka pun sudah mula kenal one,two three............what is your name.....how old are you....where doyou live.....dan seterusnya. Dan bila balik ke rumah pun masing2 dah mula bertutur bahasa Inggeris setakat yang mereka mampu.

Usaha Pak Haji Salleh mendapat backing dari Tuan Pegawai Daerah di masa itu Tuan Syed Osman.

Tuan Syed Osman juga mengambil langkah yang lebih pintar dengan memohon Pejabat Pelajaran Kedah membuka sebuah sekolah Inggeris di Sik. Permohonannya terkabul bila Syed Abu Bakar yang baru pulang dari Kirkby England untuk menyelia sekolah Inggeris di Sik.Syed Abu Bakar bermula membuka sekolah dari KOSONG (start from zero). Tanpa murid,tanpa sekolah dan kerusi meja dan sebagainya. Dia membuka sebuah kelas di balai raya.Beliau sendiri masok ke kampong mendaftar anak2 yang nak belajar di sekolah Inggeris Sik.

Bermula dengan murid2 yang bilangannya belum pun sampai 10 orang. Dia meminjam kerusi dan meja dari Sekolah Melayu Sik. Sudah tentunya kerjasama diberi oleh Pak Nor dan Pejabat Daerah.Pegawai Daerah berkenan Syed Abu Bakar menggunakan kereta lembu kepunyaan pejabat daerah untuk mengangkut kerusi-meja. Di masa itu belum lagi ada lori . Guru dulu , guru sekarang jauh bezanya.

Sik bergolak lagi. Ada pihak yang pro dan ada yang kontra. Masa berjalan terus , matahari dan bulan juga bergerak tanpa noktahnya. Akhirnya pembukaan Sekolah Inggeris berjaya di buka .

Syabas Pak Tuan Syed .

( Bahan ini ditulis dan digarap oleh Cikgu Mat Isa Ahmad ( Pak Cha ), dari blognya NGINAP SRENGENGE

2 comments:

  1. Pada keseluruhan ok, Kalau boleh Cikgu Mat Isa saya di 017 5625022 atau 03 61865589 Md.Warib (Pak Sarip Jawa)

    ReplyDelete
  2. syed bakar juga dikenali dengan nama syed fadzil, beliau meninggal tahun lepas(2009),innalillah wa inna hirajiun,semoga Allah mencucuri roh beliau dan dimasukkan bersama-sama orang-orang yang dikasihi.Amin

    ReplyDelete