Tuesday, July 27, 2010

Tinggal Kenangan Rumah Awal HM SRI


Lori bawa pergi bahan binaan sejarah


Menyembah bumi juga akhirnya bangunan sejarah ini

Saya merasa sedih melihat dua bangunan yang penuh sejarah telah diruntuhkan. Masih segar dalam ingatan saya pada tahun2 1960-1965, sekitar kawasan rumah itulah kami mendapatkan air ketika dahaga. Masih ingat ada sebuah perigi dalam kat situ. Sampai saja perigi itu kami, ramai2 nyanyi lagi Ding Dong Bell dan Jack and Jill. Namun kerana atas alasan pembangunan bahan bersejarah sudah tidak ada nilai lagi. Bila ada cucu akan datang tanyakan sejarah sekolah itu, kita tunjukan deretan pokok getah yang pada pendapat pihak pentadbiran sekolah lebih ada nilainya.

Masih ingat semasa Miss Inson ( Puan Seri Inson, isteri Tan Sri Hanafiag), bawa kami ke perigi dalam hadapan rumah HM, dan mengajar kami menyanyi lagi Ding Dong Bell dan Jack and Jill. Selepas itu ramai-ramai duduk bawah pokok setar, dan nyanyi dengan penuh perasaan.

Bila kami merasa dahaga, tanpa rasa malu kami akan minta pada isteri HM air dan dia dengan senang hati menghulur satu jag air. Begitu jugalah kawasan rumah itulah kami bermain. Masa aku darjah enam, aku pernah bermalam di rumah tersebut kalau tak salah menemani Cikgu Mardi.

Sebenarnya dua buah bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Namun bagi generasi sekarang sejarah hanyalah satu catatan yang tidak perlu disimpan. Samalah seperti kisah Hang Tuah dan Tun Seri Lanang. Sejarah hanya boleh diperpanjangkan dari mulut ke mulut dengan ditambah sana dan sini hingga menjadi metos.

Inilah adalah sedutan yang dipetik dari http://infoseridusun.blogspot.com ." pihak sekolah akan menanam pokok getah di bekas bangunan tersebut..." .Insyallah pokok getah ini akan ditunjuk sebagai bahan sejarah di masa akan datang bila ditanya orang latar belakang dan kisah awal sekolah yang ramai melahirkan tokoh kebanggaan negara.

Juga rasa sedihnya sejarah awal sekolah di ambil kira dari ..." SEKOLAH KEBANGGAANKU

Nama sekolah saya ialah Sekolah Kebangsaan Seri Dusun. Sekolah ini terletak di Jalan Melati, 08200 Sik, Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibuka pada tahun 1990. Semenjak penubuhan sekolah ini telah mencapai pelbagai anugerah samaada di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Ditulis oleh ANIS HAYATI BINTI SHABUDIN TAHUN : 6 BITARA, yang dapat tempat pertama.

Sekolah ini banyak melahirkan tokoh negara yang boleh dibanggkan. Antaranya, Datuk Dr. Abdul Razak Hj Kecik, pelawak dan pelakon Yusof Chong, Chef Liza, Dr. Zahidi Zainol Rashid, Pengarah Perpustakaan Negeri,Hj Adnan Din, Timbalan Pengarah Risda, Ghulam Mohamad, Pengarah Perikanan, Kol. Adnan Ali, Prof. Mohd.Afifi Mukhti, Dr. Khor Chin Poh dan ramai lagi.

Walau apa sekalipun alasannya dua bangunan tersebut telahpun menyembah bumi. For you Miss Inson, Miss Sopiah ( menetap di London), Mr.Sobri ( ex teacher and wellknown peguam), Cikgu Jihati Abadi, Halim R fizikal dua bangunan tersebut tinggal dalam kenangan.

2 comments:

  1. Salam anaknda,

    Happy2 sokmo.

    Manusia keseluruhannya memang lupa sejarah.
    Kalau tidak dunia taklah terumbang-ambing sebegini.
    Mereka lupa asalnya dari Adam dan Hawa......tapi mereka belajar dari Darwin......berasal dari berok.
    Sejak tu perangai banyak macam berok.

    Yang jadi 'pemimpin' ( kalaulah mereka tu pemimpin) pula banyak sangat nyanyoknya.Membikin penduduk turut nyanyok.Nak perjuangkan agama....agama diporak-porandakan.Nak bela orang Melayu,orang melayu dipinggirkan......tiap hari berkokok macam bapak ayam,berderai2 taik penoh ekor......yang dok kumpul harta pula,hebat dari Qorun.....pada hal gula dah penuh dalam darah.....buat rumah nilainya berjuta,tapi nak tidoq kena telan pill tidoq......sedar2 plop masok kubur.....dan disitulah bermulanya sejarah.

    ReplyDelete
  2. Salam...tuan, sesungguhnya sekolah ini juga tempat saya dan kakak saya, Dr Mariah Muda belajar tulis baca.

    ReplyDelete