Saturday, February 13, 2010

PENDIDIKAN INGGERIS SEBELUM 1955

Salam anakanda,

Sebelum pembukaan Sik English School oleh Syed Abu Bakar 1955, orang yang memainkan peranan menghantar anak2 ke sekolah inggeris ialah Gurubesar Sekolah Melayu Sik,Cikgu Md.Noor.

Masyarakat dulu tak gemar menghantar anak2 ke sekolah Inggeris, kerana mereka berpendapat itu sekolah orang kafir.Banyak yang melanjutkan pengajian di pondok2, Maktab Mahmood, Pondok Pak Ya Batu 16, Pondok Bukit Besar dllnya.


Keluarga saya juga pernah dicemoh,kerana menghantar saya ke Ibrahim School, Sungai Petani. Saya juga terdengar kata2 "Nak bagi anak jadi kapiaq".Cinta pada agama cukup tebal dalam diri mereka. Saya tabek spring kat mereka...... tiong,tiong,tiong.

Sebelum saya dah banyak yang dihantar oleh Pak Noor ke Ibrahim School dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Saya turunkan senarai yang saya masih ingat, ada yang dah terlupa.Tapi bilangannya tak banyak.Sebelum dipilih kena masok satu peperiksaan khas dikelolakan oleh pejabat pelajaran kedah. Yang lulus saja terpilih. Mata pelajaran yang diuji ialah Karangan Rumi, Karangan Jawi,Kira-kira,(Ilmu Hisab, Arithmeti dan sekarang Mathematic) Inteligent Test ( menduga akal),Pengetahuan Am,Tulisan Rumi dan Tulisan Jawi. Yang terpilih, masuk ke kelas Special Malay Class.

Tahun 1940an antaranya:

Baharom Ngah, Md.Noh Ahmad, Shahnon Ahmad, A.Razak Md.Noor, A.Rashid Md.Noor, Ismail Md.Noor, A.Aziz A.Wahab, Hanafiah Ahmad.

Tahun 1952/53:

Ishak Salleh, A.Majid Md.Noh, Shaari Md.Noh. Semua mereka terpilih ke Kolej SAH

Tahun 1953 :

Ahmad Jusoh, Hussain Abdullah, Zulkifli Yusof A.Karim A.Rahman

Tahun 1954:

Alwi Ismail, Mat Isa bin Ahmad, Azmi bin Salleh. Khatijah bt...........?

Tahun 1955:

Md.Radzi bin Haji Kecik, Musa bin.........dari Tupai. Kesemuanya terpilih ke Ibrahim School

Tahun 1955 :

Omar bin Man ke Kolej SAH.

Selepas itu semua yang ke special malay class di tempatkan di Sik English School. Saya mengajar darjah satu Di Sik English School dalam tahun 1962 dan 4 bulan dalam tahun 1963.Anak2 murid saya yang masih saya ingat ialah.

1.Zahanariah Samsuddin,anak arwah Cikgu Samsuddin carok sejuk.

2.Ajelmi Abdullah,sekarang cikgu di Sek.Keb.Sik.

3.Rohani Md.Noh,Cikgu di Sek Men Bt.Lima.

4.Tahrim Husin,anak pak lang huseng Debasa

Ada lagi yang kenai,tapi lupa nama2 mereka.

Guru semasa itu ialah :

Syed Abu bakar

Lee Peng Yong

Low.............

Hwa............

Foo............

Gurusamy

Yahya Husin (Drs.Jihaty Abadi)

Zakaria........

Ustaz Zainol

Ustaz A.Ghani.....

Insun Idris (Datin Seri,isteri Tan seri Haji hanafiah)

Sopiah Darus (sekarang menetap di England)

Mat Isa Ahmad.

Tukang Kebun

Pak Mustaffa.....

Syed Kassim

Kantin dikelolakan di bawah pokok cempedak oleh Jamaluddin Ramjan.

Social worker ialah sahabat baik Syed Bakar iaitu Dollah Renjong.Dia akan membantu Pak Syed dalam sebarang hal.Kalau Pak Syed Bakar diutuskan ke Alor Setar, kami guru2 akan mengangkatnya sebagai penolong gurubesar.

wallahuaklam.

Sekian

Mat Isa bin Ahmad

nginapserengenge.blogspot.com

emel : matisaa_02@yahoo.

( Terima kasih banyak-banyak Cikgu kerana sudi sumbangkan sebuah catatan sejarah yang begitu tinggi akan nilainya. Cuma Allah sahaja dapat membalas budi baik cikgu ni. Kami semua berdoa agar Cikgu sentiasa berada dalam keadaan sihat )

1 comment:

  1. Pembetulan:

    1.Ajemi Abdullah bukannya Ajelmi
    2.Khatijah bt.......mendapat tempat ke Special Malay Class di Sultanah Asma School,Alor Setar bukannya ke Ibrahim School.

    Tambahan:

    Selepas 1956 dengan pembukaan Remove Class pelajar2 sekolah melayu dipilih selepas tammat darjah 6.Peringkat awal yang terpilih ke remove class ialah Azmi Kassim,Ahmad Hassan dan hamzah Ahmad ke sekolah Tuanku A.Rahman,Ipoh.Kemudian berderet2 pelajar ke SAHC,Ibrahim School, SAS ,Badlishah School.Dan apabila Sekolah Menengah Sik di buka pada tahun 1965 kebanyakkannya di tempat di situ.Tapi majoriti masih memilih aliran melayu di peringkat menengah.Peringkat ini di mulakan dengan sekolah menengah anika jurusan.Pendidikan vokasional diperkenalkan.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete