Thursday, January 14, 2010

GURU-GURU 1965


Antara nama yang masih ingat, sudah tentu Guru Besar yang hensem Tuan Syed Abu Bakar ( tengah) Mr.Lee, Ustaz Zainol, sementara berdiri pula kiri: N.Gurusamy, Mr.Teoh, Mr.Foo, Ustaz Aziz dan Mr. Ku Baharom. Cikgu Halim R, pernah mengajar Bahasa Melayu di SES. Pada kawan dan rakan, yang ingat atau menyimpan gambar guru-guru SES atau gambar kelas anda, emelkan ke aab6570@hotmail.com

Team Netball Sekolah 1965


Lim Boon Hock, Jaliah Hamid, Noriah, Che Umi Osman,
Norpisah Ahmad, Liza Long ( Chef Liza) Miss Ong, Khairiah
Shafie, Aziah Abd.RahmanAsma Nordin dan Kamariah Abdullah

Wednesday, January 13, 2010

Team Bola Sepak Sekolah 1965


Tuan Syed Abu Bakar (HM), Ahmad Abu Bakar ( they called him "kereta kebal"), Mustafa Kamal, Zaharuddin Osman, Fuad, Khidzir Yahya, Mr.Gurusamy, (duduk kiri) Zaki Baharom, Zainol Ahmad,Radzi Mahmud,Yusop,Shaari Desa, Adnan Din
Depan: Pahlawi Ismail dan Tajuddin

Intake 60-65


Ahmad Abu Bakar, Yusof Ahmad, Salleh Harun, Mohd. Radzi Mahmud
Idzham Ahmad, Zainol Ahmad,
Zainal Ahmad ,Zainol Abidin (Jeniang)
Ismail Hamid , Abu Hassan Osman, Bukhori Ahmad ,Jamaluddin Md.Zain
Khidzir Ariffin, Khalid ,Jaliah Hamid ,Asma Nordin ,Kamariah Abdullah
Noriah Ramli, Che Umi Osman, Siti Rohani Ali, Aziah Abd.Rahman
Fauziah Hamid, Phouziah Hamid,Norizan Salleh, Mustaffa Kamal (Phg) Adnan Din, Zaharuddin Osman, Wong Chin Heng , Lim Boon Hock Khairiah Shafie, Zakiah, Norpisah Ahmad, Md.Noor, Zahidi Zainol Rashid (Dr) Shaari Desa, Mustaffa Kamal( Kadi)
Guru kelas : Mr. Foo Hee Hong

Intake 59-64


Nor Said Saad

Hamdan Murad

Hatiah Osman

Abd.Rahman Ali (Major)

Kamariah Abd.Rahman

Azian Abd.Rahman

Norizan Ali


Md.Isa Dahaman

Mansor Ismail


Abu Hassan Ahmad

Osman Ahmad

Nordin Baharuddin

Ahmad Che Tam

Harun Putih

Hassan Yaacob


Rasanya masih ramai lagi yang tercicir nama mereka. Emelkan nama mereka yang anda masih ingat kepada aab6570@hotmail.com atau sms ke 0123343007. Terima kasih.

Intake 58-63

Intake keempat juga gagal untuk dikesan nama-nama mereka. Bagi mengemas kini, diharap kepada yang mempunyai sebarang maklumat emelkan ke aab6570@hotmail.com atau sms ke 0123343007.

Terima kasih.

Intake 57-62

Berbagai usaha dan cara dibuat untuk mencari nama-nama intake ketiga, malangnya tiada ramai yang tahu. Namun begitu tentu masih ada yang memori mereka begitu baik. Yang pasti tentu mereka akan emel ke aab6570@hotmail.com atau sms ke 0123343007. Terima kasih pada sudi berbuat demikian.

Intake 56-61

Ismail Derasa ( DSP)

Mohd. Afifi Mokhti ( Professor)

Adnan Ali ( Kolonel)

Abd.Razak Hj.Kecik ( Datuk, Dr.)

Ramjan Mohd.Din

Shuib Noh

Alias Arshad

Siti Zaleha Rahim


Wajah-wajah intake kedua ini masih segar terbayang diruang mata. Sayangnya puas sudah memerah otak, namun tetap jua gagal memecah kebuntuan untuk mengingatkan nama-nama mereka. Adalah diharapkan pada yang masih ingat akan nama-nama itu atau tahu di mana mereka berada sekarang, emelkan info ke : aab6570@hotmail.com atau sms ke 0123343007

Intake 55-60






Gambar kenangan di Air Terjun Perangin. Terima kasih Monirah kerana sedekahkan gambar ini untuk kembalikan semula nolstalgia era 5oan.

Monirah bt.Saad
Halimaton Abd.Ghani.
Azizah Mahmud
Salmah Said.
Syed Zubair Syed Hussin
Kok Chin Hwa@Koh Cheng Poh ( Dr)
Saleha Osman
Rahim Din
Razak Long
Zainol Abidin Salleh
Md.Yusof Lembut
Siti Lara Darus
Basroh Shaari
Yusof Said ( Yusof Chong)
Alias Arshad

Untuk mereka yang telah kembali ke rahmatullah, kami sedekah Al Fatihah. Pada nama mereka tidak tercatat , kami sangatlah berharap sesiapa yang masih ingat atau tahu nama-nama intake pertama ini supaya hubungi :aab6570@hotmail.com atau sms ke 0123343007. Kerjasama anda kami ucapkan terima kasih

Monday, January 11, 2010

GURU BESAR PERTAMA


Tuan Syed Abu Bakar Bin Syed Akil Shahabuddin
BAPA PENDIDIKAN MODEN DAERAH SIK
1955-1966


Syed Abu Bakar bermula membuka sekolah dari KOSONG (start from zero). Tanpa murid, tanpa sekolah dan kerusi meja dan sebagainya. Dia membuka sebuah kelas di balai raya.Beliau sendiri masok ke kampong mendaftar anak-anak yang hendak belajar di sekolah Inggeris Sik. Bermula dengan murid-murid yang bilangannya belum pun sampai 10 orang. Dia meminjam kerusi dan meja dari Sekolah Melayu Sik. Sudah tentunya kerjasama diberi oleh Pak Nor dan Pejabat Daerah.Pegawai Daerah.

Syed Abu Bakar menggunakan kereta lembu kepunyaan pejabat daerah untuk mengangkut kerusi dan meja. Di masa itu belum lagi ada lori .Masa berjalan terus , matahari dan bulan juga bergerak tanpa noktahnya. Akhirnya pembukaan Sekolah Inggeris berjaya di buka . Syabas Pak Tuan Syed .

Jasa Pak Tuan (panggilan resmi Syed Abu Bakar) cukup menyerlah dalam hal nak membangunkan sekolah Inggeris di Sik. He once said,' I felt terrible. I was fresh from Kirkby.Only two weeks of teaching experience in Alor Star,and there I was,being sent off to start a school ".
He continued , " I didn't even realise I had to have a syllabus."
Pak Tuan terpaksa menyewa kereta lembu mengangkut kerusi-meja dari sekolah Melayu , kerana belum ada lori untuk di sewa.

Pak tuan menyambung," I was the only teacher,so I had to do everything,from sweeping the floor to arranging the tables and being the canteen man."

Untuk mengumumkan pembukaan sekolah ,Pak Tuan meminjam kelok yang digunakan oleh orang kampong menggantongkan di tengkok lembu kerbau ketika itu.Orang ramai berkumpul mendengar penjelasan dari Pak Tuan.Tak banyak yang bersedia menghantar anak terus ke darjah satu di sekolah Inggeris.

Semasa itu yuran sekolah ialah RM 2.50 sen sebulan.Oleh kerana penduduk banyak yang tidak mampu membayar Pak Tuan terpaksa membuat perniagaan barter.Pak Tuan membayar dengan membeli telor-telor ayam Jadi maknanya yuran sekolah boleh dibayar melalui bahan-bahan mentah di kampong,kerana ibu bapa tidak ada wang tunai. Pak Tuan juga bernasib baik kerana ibu-bapa sangat bermurah hati dengannya.Di musim buah rumah Pak Tuan di penuhi oleh berbagai buah-buahan.

Sekolah Inggeris Sik ( Sik English School ) berkembang pesat sehingga akhirnya sebuah sekolah baru dibina di Kampong Dusun. Murid-murid terdiri dari primary one ke primary six.Kemudian kelas special malay class juga di buka bila banyak permohonan dari murid sekolah melayu nak bertukar ke sekolah Inggeris.Guru2 juga mula bertambah .

Berbahasa Inggeris sudah tidak menjadi pelek lagi , kerana dah ramai murid dah boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Kekadang orang2 kampong juga dah mula boleh paham beberapa patah bahasa Inggeris.Semua guru-guru lelaki di sekolah inggeris dipanggil "sir".Dan guru2 perempuan pula di panggil "Miss".

( Bahan ini dipinjam dari Pak Cha, nginapserenge.com- Terima kasih Pak Cha)


SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH


MULAnya ialah SIK ENGLISH SCHOOL dan sekarang SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUSUN

IniSejarahnya:

SEBELUM 1955
PAK NOR ( Guru Besar, Sekolah Melayu Sik )
Kata orang yang tahu akan sejarahnya, Pak Nor, Guru Besar Sekolah Melayu Sik, memainkan peranan penting penerokaan pendidikan Inggeris di Daerah Sik. Menurut kata orang itu lagi, Pak Nor yang dimaksudkan ini rumanhnya di depan Masjid Pekan Sik sekarang ni. Isterinya orang panggil Mak Gayah. Generasi muda sekarang tentu kenal anak bongsu Pak Nor, Muhammad, yang pernah kerja di Pejabat Tanah Sik.

Suka atau tidak Pak Nor tetap mahu meneruskan rancangannya itu. Dia menyusun dua kumpulan murid Sekolah Melayu Sik untuk meneruskan pendidikan menengah mereka dalam jurusan bahasa Inggeris. Pak Nor merancang satu kumpulan ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan satu kumpulan lagi ke Ibrahim School di Sungai Petani.

Majid Che Noh dan Ishak Salleh ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, sementara Alwi Ismail, Azmi Hj Salleh ( Mee Pak Leh,Isa Md.Noh (Ca Md Che Noh, Karim Hj Abd.Rahman,, Zul ( Zul Mak Mah), Mad Tokol dan Hussin Abdullah ( Lubuk Bedil) ke Ibrahim School, Sungai Petani.

Keupayaan dan kejayaan yang ditunjukan oleh kumpulan pertama ini, diikuti oleh beberapa kumpulan selepas itu. Antaranya Radzi Hj.Kecik, Hamzah Ahmad dan beberapa nama besar lain yang pernah menerajui dan membuat dasar sesebuah jabatan dan kementerian peringkat pusat.

(Adalah diharapkan sesiapa jua yang mempunyai maklumat bagi memperlengkapkan lagi ruangan ini, sumbangan anda amat dialu-alukan )

Tuan Haji Salleh ( Bekas Kerani Besar Pejabat Daerah Sik
PENGAJAR KELAS MALAM
Sementara menunggu untuk ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan Ibrahim School, Sungai Petani, Pak Haji Salleh kerani besar di Pejabat Daerah Sik secara sukarela menabur baktinya mengajar bahasa Inggeris.Kelas pada waktu malam dan ikut dihaziri bersama oleh waris kanak-kanak yang tersebut. ( Sesiapa yang ada menyimpan atau memiliki gambar Tuan Hj. Salleh, kami alukan sumbangan anda)

Mereka pun sudah mula kenal one,two three............what is your name.....how old are you....where do you live.....dan seterusnya. Dan bila balik ke rumah pun masing2 dah mula bertutur bahasa Inggeris setakat yang mereka mampu. Usaha Pak Haji Salleh mendapat sokongan kuat oleh Tuan Pegawai Daerah di masa itu Tuan Syed Osman Idid.

( Jika anda memiliki gambar Tuan Hj Salleh, hubungi kami untuk diserikan lagi infomasi ini)

Tuan Syed Osman Idid
( Pegawai Daerah Sik )
Tuan Syed Osman juga mengambil langkah yang lebih jauh. Dia telah memohon Pejabat Pelajaran Kedah membuka sebuah sekolah Inggeris di Sik. Permohonannya diterima dan diluluskan.

(Kami memerrlukan gambar Tuan Syed Osman.Jika ada dalam simpanan anda, sumbangkan kepada kami untuk kemaskini info ini)