Monday, January 11, 2010

SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH


MULAnya ialah SIK ENGLISH SCHOOL dan sekarang SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUSUN

IniSejarahnya:

SEBELUM 1955
PAK NOR ( Guru Besar, Sekolah Melayu Sik )
Kata orang yang tahu akan sejarahnya, Pak Nor, Guru Besar Sekolah Melayu Sik, memainkan peranan penting penerokaan pendidikan Inggeris di Daerah Sik. Menurut kata orang itu lagi, Pak Nor yang dimaksudkan ini rumanhnya di depan Masjid Pekan Sik sekarang ni. Isterinya orang panggil Mak Gayah. Generasi muda sekarang tentu kenal anak bongsu Pak Nor, Muhammad, yang pernah kerja di Pejabat Tanah Sik.

Suka atau tidak Pak Nor tetap mahu meneruskan rancangannya itu. Dia menyusun dua kumpulan murid Sekolah Melayu Sik untuk meneruskan pendidikan menengah mereka dalam jurusan bahasa Inggeris. Pak Nor merancang satu kumpulan ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan satu kumpulan lagi ke Ibrahim School di Sungai Petani.

Majid Che Noh dan Ishak Salleh ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, sementara Alwi Ismail, Azmi Hj Salleh ( Mee Pak Leh,Isa Md.Noh (Ca Md Che Noh, Karim Hj Abd.Rahman,, Zul ( Zul Mak Mah), Mad Tokol dan Hussin Abdullah ( Lubuk Bedil) ke Ibrahim School, Sungai Petani.

Keupayaan dan kejayaan yang ditunjukan oleh kumpulan pertama ini, diikuti oleh beberapa kumpulan selepas itu. Antaranya Radzi Hj.Kecik, Hamzah Ahmad dan beberapa nama besar lain yang pernah menerajui dan membuat dasar sesebuah jabatan dan kementerian peringkat pusat.

(Adalah diharapkan sesiapa jua yang mempunyai maklumat bagi memperlengkapkan lagi ruangan ini, sumbangan anda amat dialu-alukan )

Tuan Haji Salleh ( Bekas Kerani Besar Pejabat Daerah Sik
PENGAJAR KELAS MALAM
Sementara menunggu untuk ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan Ibrahim School, Sungai Petani, Pak Haji Salleh kerani besar di Pejabat Daerah Sik secara sukarela menabur baktinya mengajar bahasa Inggeris.Kelas pada waktu malam dan ikut dihaziri bersama oleh waris kanak-kanak yang tersebut. ( Sesiapa yang ada menyimpan atau memiliki gambar Tuan Hj. Salleh, kami alukan sumbangan anda)

Mereka pun sudah mula kenal one,two three............what is your name.....how old are you....where do you live.....dan seterusnya. Dan bila balik ke rumah pun masing2 dah mula bertutur bahasa Inggeris setakat yang mereka mampu. Usaha Pak Haji Salleh mendapat sokongan kuat oleh Tuan Pegawai Daerah di masa itu Tuan Syed Osman Idid.

( Jika anda memiliki gambar Tuan Hj Salleh, hubungi kami untuk diserikan lagi infomasi ini)

Tuan Syed Osman Idid
( Pegawai Daerah Sik )
Tuan Syed Osman juga mengambil langkah yang lebih jauh. Dia telah memohon Pejabat Pelajaran Kedah membuka sebuah sekolah Inggeris di Sik. Permohonannya diterima dan diluluskan.

(Kami memerrlukan gambar Tuan Syed Osman.Jika ada dalam simpanan anda, sumbangkan kepada kami untuk kemaskini info ini)

5 comments:

  1. Assalam

    Saya amat seronok membaca posting2 tuan megenai Sek. Inggeris Sik. Nama saya Abd Halim Bin Mohd Hasan (Pak Hasan Rest House). Saya merupai bekas pelajar sekolah tersebut dari 65-68. Oleh kerana saya keluar dari Sik pada tahun 69 saya tak lah ingat atau kenal sangat orang2 di sana. Bersama ini saya lampirkan gambar std. 1 (1965). Saya berdiri no 4 dari kiri di barisan belakang.
    Teruskan usaha murni tuan itu.

    Sekian
    Halim
    website: www.getmoreknowledge.com
    FB: https://facebook.com/halim.hasan.520

    ReplyDelete
  2. Maaf gambar ada dlm FB bukan dilampirkan

    ReplyDelete
  3. saya Mohamad Afifi Abdul Mukti adlah pelajar kumpulan kẻ SiK English School tapi tamat standard 6 kumpulan ke dua sebab lompat from standard 3 ke standard 4 dalam tahun yang sama Headmaster Tuan Syed Abu Bakar Shahabudin..dan guru dalam gambar tu semua saya ingat terutama Miss Inson (Harison Idris) dan Miss Kahirul Anuar, Mister Salehudi, Ustaz Shafie, Mister Sobry, Mister Jamal Khir Hasim.Terlalu banyak kenamgan manis semasa membesar di SIk. Dari Sik english school saya ke Ibrahim Secondary School Sg.Patani. Saya adal menulis coretan kenangan di Sik English School dan kawan kawan di SIk. Kalau encik Ahmad Bakar boleh bagi email address saya boleh bagi sikit ganbar..

    ReplyDelete
  4. saya mohamad Afifi boleh dihubungi diafifimukti@yahoo.com atau 0197594699

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya Ahmad Kamil Bin Mahmood. Juga alumni SRS class of 1975. Selama 6 tahun saya diSRS dari 1970-1975. Sekolah yang banyak mencorak hidup saya terutama Cikgu Ariffin. Moga jasa tuan2 dan puan mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah s.w.t

    ReplyDelete