Monday, January 11, 2010

GURU BESAR PERTAMA


Tuan Syed Abu Bakar Bin Syed Akil Shahabuddin
BAPA PENDIDIKAN MODEN DAERAH SIK
1955-1966


Syed Abu Bakar bermula membuka sekolah dari KOSONG (start from zero). Tanpa murid, tanpa sekolah dan kerusi meja dan sebagainya. Dia membuka sebuah kelas di balai raya.Beliau sendiri masok ke kampong mendaftar anak-anak yang hendak belajar di sekolah Inggeris Sik. Bermula dengan murid-murid yang bilangannya belum pun sampai 10 orang. Dia meminjam kerusi dan meja dari Sekolah Melayu Sik. Sudah tentunya kerjasama diberi oleh Pak Nor dan Pejabat Daerah.Pegawai Daerah.

Syed Abu Bakar menggunakan kereta lembu kepunyaan pejabat daerah untuk mengangkut kerusi dan meja. Di masa itu belum lagi ada lori .Masa berjalan terus , matahari dan bulan juga bergerak tanpa noktahnya. Akhirnya pembukaan Sekolah Inggeris berjaya di buka . Syabas Pak Tuan Syed .

Jasa Pak Tuan (panggilan resmi Syed Abu Bakar) cukup menyerlah dalam hal nak membangunkan sekolah Inggeris di Sik. He once said,' I felt terrible. I was fresh from Kirkby.Only two weeks of teaching experience in Alor Star,and there I was,being sent off to start a school ".
He continued , " I didn't even realise I had to have a syllabus."
Pak Tuan terpaksa menyewa kereta lembu mengangkut kerusi-meja dari sekolah Melayu , kerana belum ada lori untuk di sewa.

Pak tuan menyambung," I was the only teacher,so I had to do everything,from sweeping the floor to arranging the tables and being the canteen man."

Untuk mengumumkan pembukaan sekolah ,Pak Tuan meminjam kelok yang digunakan oleh orang kampong menggantongkan di tengkok lembu kerbau ketika itu.Orang ramai berkumpul mendengar penjelasan dari Pak Tuan.Tak banyak yang bersedia menghantar anak terus ke darjah satu di sekolah Inggeris.

Semasa itu yuran sekolah ialah RM 2.50 sen sebulan.Oleh kerana penduduk banyak yang tidak mampu membayar Pak Tuan terpaksa membuat perniagaan barter.Pak Tuan membayar dengan membeli telor-telor ayam Jadi maknanya yuran sekolah boleh dibayar melalui bahan-bahan mentah di kampong,kerana ibu bapa tidak ada wang tunai. Pak Tuan juga bernasib baik kerana ibu-bapa sangat bermurah hati dengannya.Di musim buah rumah Pak Tuan di penuhi oleh berbagai buah-buahan.

Sekolah Inggeris Sik ( Sik English School ) berkembang pesat sehingga akhirnya sebuah sekolah baru dibina di Kampong Dusun. Murid-murid terdiri dari primary one ke primary six.Kemudian kelas special malay class juga di buka bila banyak permohonan dari murid sekolah melayu nak bertukar ke sekolah Inggeris.Guru2 juga mula bertambah .

Berbahasa Inggeris sudah tidak menjadi pelek lagi , kerana dah ramai murid dah boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Kekadang orang2 kampong juga dah mula boleh paham beberapa patah bahasa Inggeris.Semua guru-guru lelaki di sekolah inggeris dipanggil "sir".Dan guru2 perempuan pula di panggil "Miss".

( Bahan ini dipinjam dari Pak Cha, nginapserenge.com- Terima kasih Pak Cha)


No comments:

Post a Comment